Penapis air tanpa tangki dari Aqua Kent: Penapis Air Jade

 


Penapis air tanpa tangki dari Aqua Kent: Penapis Air Jade 





Seperti yang kita tahu, penapis air dapat menghilangkan kekotoran daripada air melalui satu halangan fizikal yang halus, proses kimia atau proses biologi. Penapis membersihkan air pada takat yang berbeza untuk tujuan seperti pengairan, air minuman, akuarium, kolam dan kolam renang. Dan menjadi keperluan buat setiap masyarakat untuk menggunakan penapis air tidak kira lah dalam sektor kesihatan, perindustrian maupun lainnya kerana penggunaan penapis air amatlah diperlukan bagi memastikan tahap kebersihan air pada tahap yang maksimum yang boleh dikonsumi oleh semua orang.

Kini syarikat Aqua kent telah mengeluarkan satu produk penapis air yang bernama the jade water filter di mana penapis air ini datang dengan ciri khusus yang istimwa ,yang boleh membawa keselesaan kepada pengguna pada tahap yang berbeda dari penapis air lainnya.




Penapis air Aqua Kent Jade yang hadir dengan ciri istimewa iaitu tankless ataupun tanpa tangki yang boleh memberikan 3 jenis air utama di bawah satu butang sahaja iaitu air panas, Sejuk dan normal. Datang bersama UV filtrasi dengan 3 tahap tapisan air yang dapat menapis air hingga tahap yang terbersih seperti pembuangan molekul besar dan molekul terkecil yang boleh memberi pencemarah kepada air.

            Dengan berat hanyalah 12.5 KG dan berdimensi 18cm X 52cm X 44 cm ini amat sesuai bagi penggunaan bagi ruangan dapur kerana bentuknya yang kecil dan mudah di susun mengikut kemahuan pengguna, beratnya yang tidak berat juga dapat memudahkan lagi pengguna bagi pembersihan dan penukaran tempat atau lokasi penapis air Jade dari semasa ke semasa sesuai dengan cita rasa pengguna tersebut.

            Penapis air jade ini juga merupakan salah satu produk dari aqua kent yang laris dijual di beberapa buah negara seperti Korea , Singapura dan Malaysia. Dan masih merupakan hot selling di Malaysia kini.




Penapis Air Aqua Kent ini juga mempunyai sistem control board yang boleh di ubah mengikut kesesuaian pengguna. Ciri khas penapis air jade iaitu datang dengan butang panas, normal dan sejuk. Selain itu, penapis ini juga mempunyai sistem kunci keselamatan bagi anak-anak untuk mengelakkan anak-anak dari cedera disebabkan terpasang atau terbuka butang bagi air panas.

Kemudian, air panas juga mempunya warna lampu pilihan yang boleh disesuaikan mengikut kehendak pengguna. Tidak dilupakan juga butang UV iaitu butang untuk pensterilan air dengan 3 pilihan iaitu auto, setiap 10 min dan penyaliran air bersama lampu masinh-masing.

Butang Discharge juga hadir bersama dengan butang volum iaitu isipadu air yang diingini. Butang volume juga hadi dengan 3 pilihan bersama lampu tersendiri iaitu yang pertama berterusan, 120 cc dan 60 cc air.




Ciri fizikal penapis air Aqua Kent iaitu penapis jade direka khusus bersama lampu LED di bahagian hadapan bagi memudahkan pengguna pada waktu malam dan dapat focus terus ke ruang tadahan air, terdapat juga water tray untuk menampung air berlebihan agar tidak tumpah ke permukaan lantai atau lainnya. Antara ciri istimewa penapis ini ialah:

A)     Filter kompleks, dengan bahan activated carbon dan polypropylene dengan tempoh 6 bulan.

B)     Filter UF membrane, dengan bahan polysulfone dengan tempoh masa 12 bulan.

C)      Post block carbon,  dengan bahan karbon aktif dengan tempoh masa 12 bulan.



3 tahap tapisan UF membrane iaitu dimulai dengan tapisan kompaun, yang mana menggabungkan karbon aktif yang di mampat untuk menyerap dan menyingkirkan bahan organic seperti sisa komponen gas, bau, sisa klorin dan sebagainya untuk menghasilkan air bersih yang selamat kemudian disalurkan ke tapisan UF membrane dimana proses membrane bertekanan rendah digunakan untuk rawatan air bagi membuang partikel kecil seperti bacteria, bahan koloid dan sebagainya. Tapisan terakhir iaitu post block carbon yang memberikan tahap tapisan secara asing bagi pengurangan bahan kimia untuk memanjangkan jangka riwayat sistem minuman anda, dan menambah baik bau, dan rasa air serta mengurangkan pencemaran dalam air agar pengguna sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.


Spesifikasi

Model:  PGP 9000SW

Berat: 12.5kg

Kawalan air panas: 45c – 90c

Butang kontrol: Jenis sensor sentuh

Pemanasan dan penyejukkan air: 3 hingga 7 saat.

Sistem filtrasi : Sistem UF 4 tahap filtrasi.

Kuantiti air: 1600L

Warna: putih, hitam dan silver

Direka oleh: Korea

Harga: RM2800


Ulasan Pembeli





Bukan itu sahaja, produk penapis air jade dari syarikat Aqua kent ini juga mempunyai sijil-sijil yang telah diiktiraf oleh banyak badan di tahap antarabangsa seperti:











Disediakan oleh:

Cleteo Monjohi



Comments

Popular posts from this blog

PENAPIS AIR PILIHAN UTAMA RAKYAT MALAYSIA

TOP 4 PENAPIS AIR DI MALAYSIA